Tips Memberi Makanan Pejal Kepada Bayi

Tip Memberi Makanan Pejal Untuk Bayi

Tumbesaran bayi pada tahun pertama berlaku dengan pantas.Oleh itu tenaga dan nutrisi yang banyak diperlukan pada peringkat ini.Bagaimanapun,dalam proses tumbesaran bayi,selera makan si kecil agak sukar dijangka.Bahkan kuantiti makanan bayi juga berbeza dengan bayi yang lain.Ini adalah perkara normal namun setiap ibu bapa perlu mengetahui cara terbaik dalam proses penyediaan makanan pejal untuk bayi.

 

Pada peringkat ini,bayi akan mula diperkenalkan dengan makanan pejal,ataupun weaning iaitu peralihan daripada minuman susu kepada makanan pejal seperti bijirin atau bubur nasi.Pada umur 12 bulan ke atas,bayi sudah bersedia untuk diberi makan makanan seisi keluarga.

 

PENGENALAN MAKANAN PEJAL PAD UMUR 6 BULAN

Susu ibu(atau susu formula) adalah makanan penting bagi bayi sehingga mereka berusia 12 bulan.Makanan pejal haruslah diberikan pada peringkat usia yang sesuai.Bila bayi anda berumur 6 bulan,kandungan zat besi bagi bayi anda adalah agak rendah dan makanan tambahan diperlukan untuk mengelakkan masalah kekurangan zat besi bayi.Mulakan dengan memberi makanan pejal kepada bayi anda apabila mereka berusia enam bulan bergantung kepada perkembangan bayi.

 

JANGAN MEMBERI MAKANAN PEJAL TERLALU AWAL(BAYI BERUSIA KURANG 6 BULAN)

Bayi seharusnya diberikan susu ibu(atau susu formula) Sehingga mereka bersedia untuk makan makanan pejal.Ada di kalangan ibu bapa yang mula member makanan pejal kepada bayi mereka seawall usia empat bulan,dengan harapan agar bayi mereka akan cepat kenyang,membesar dengan cepat dan tidur dengan selesa.Namun,disebaliknya terdapat beberapa kemungkinan masalah yang akan berlaku kepada bayi ini seperti :

-Peningkatan alahan makanan(bayi belum bersedia untuk menerima makanan pejal)

-Tumbesaran bayi terbantut,sekiranya susu ibu/susu formula(diganti dengan makanan pejal)

-Diarrhoae(sembelit)kerana makanan pejal tidak dihadam dengan sempurna.

JANGAN TERLALU MELAMBATKAN PENGENALAN MAKANAN PEJAL KEPADA BAYI

Adalah penting untuk tidak melambat-lambatkan pengenalan makanan pejal kepada bayi,di mana ia akan mengakibatkan kepada:

-Proses tumbesaran terbantut kerana kekurangan tenaga

-Anaemia(kekurangan zat besi dalam kandungan darah)

-Masalah untuk makan,terutamanya bagi bayi yang berusia tujuh hingga Sembilan bulan yang

masih belum diberi makanan pejal.

 

PETANDA BAYI SUDAH BERSEDIA UNTUK MAKANAN PEJAL

Terdapat beberapa tanda bayi sudah bersedia untuk mencuba makanan baru,apabila bayi anda memerlukan kandungan nutrisi yang terdapat di dalam makanan pejal,iaitu :

-Memerhati kepada makanan di persekitarannya.

-Meletakkan jari di dalam mulut

-Membuka mulut apabila cuba diberi makan

-Kebolehan meggerakkan lidah atas dan bawah

-Mencuba untuk mencapai susu atau makanan

 

KEBOLEHAN UNTUK MAKAN

Apabila bayi anda berusia 9-12 bulan,bayi anda sudah mempunyai beberapa kemahiran pemakanan termasuklah :

-Menunjukkan minat untuk makan sendiri

-Kebolehan untuk mnegunyah makanan

-Kebolehan menggunakan pinggan untuk makan

-Makan dengan bebas dengan sedikit bantuan oleh ibu bapa.

 

MAKANAN YANG TIDAK SESUAI BAGI BAYI BAWAH 12 BULAN

-madu :berisiko jangkitan kuman

-teh : memotong zat dan vitamin

-Kekacang : masalah tercekik atau alahan

-Makanan rendah lemak : kekurangan nutrisi penting

 

TANDA-TANDA BAYI KENYANG

Terdapat beberapa tanda menunjukkan bayi tidak berminat terhadap makanan ataupun sudah kekenyangan.Misalnya,apabila bayi bayi menutup mulut,mengalih perhatian apabila diberi makanan ataupun menangis serta menolak sudu makanan mereka.

Sekiranya ini berlaku pada kali pertama,ibu bapa haruslah bertenang dan cuba lagi pada waktu yang lain.Ketika pertama kali member makanan pejal,kemungkinan bayi anda akan cuba memuntahkan makanan tersebut,lama-kelamaan bayi anda akan mula menelannya.Adalah penting bagi ibu bapa untuk memastikan saat pemakanan mereka adalah menggembirakan.

klik gambar untuk produk ank genius dan bijak