Apa Itu Penyakit..???

Penyakit Dan Homeopathy
Apabila manusia dilahirkan ke dunia ini ia akan berhadapan dengan dua kemungkinan, iaitu hidup atau mati. Jika mati habislah perkaranya di dunia ini. Tetapi jika hidup ia akan menemui sihat atau sakit, suatu keadaan yang selalu silih berganti.
Setiap kanak-kanak apabila dilahirkan ke dunia akan beriringan dengan tangis dan ibunya pula mengalami sakit beranak. Bila manusia tersalah makan, terlampau kena sejuk atau panas atau sesuatu keadaan yang melanggar peraturan alam, maka ia akan berasa tidak sedap badan, ngilu, pening dan sakit. Maka dari semenjak itulah manusia sudah mengenal sakit atau idapan. Bila selesa, berasa gembira tetapi bila sakit merasa pengazaban sengsara.
Apakah Sebenarnya Penyakit?
Definasinya begitu meluas dan sukar untuk disamakan dari satu individu ke individu yang lain kerana sakit yang sedikit sahaja akan dirasakan begitu menyakitkan bagi satu individu dan ada juga sakit yang begitu menyakitkan tidak dirasai langsung oleh individu itu!.
Sememangnya benar….Penyakit adalah suatu persepsi, illusi yang bagaikan mimpi! Ia hanya akan menjadi lebih teruk lagi bagi mereka yang mempercayai penyakit itu sebagai sesuatu yang benar-benar berlaku! Tersangat payah untuk dijelaskan maknanya tetapi memadailah iaitu kita jangan terlalu mengikut kata hati (akan penyakit itu) penyakit yang sedang dideritai!
Makna Penyakit - Makna penyakit didalam ilmu perubatan moden bermaksud sebarang perubahan terhadap keadaan kesihatan seseorang dimana sebahagian atau seluruh tubuh tidak dapat berfungsi seperti biasa. Dalam suasana tersebut pesakit akanmengalami simptom-simptom tertentu, yang mana dari segi istilah ia merujuk kepada sebarang perubahan subjektif didalam fungsi-fungsi tubuh yang tidak tampak kepada doktor seperti rasa sakit dan loya. Pesakit itu juga dikatakan akan menunjukkan tanda-tanda yakni perubahan positif yang boleh dianalisa dan diukur.
Dalam amalan perubatan juga, diagnosis dianggap sebagai satu seni yang membezakan antara satu penyakit dengan penyakit yang lain. Atau suatu seni dalam menentukan keadaan semulajadi penyakit. Biasanya hal ini dapat dilakukan setelah sejarah perubatan pesakit dan pemeriksaan fizikal dibuat. Seandainya keputusan tidak dapat disahkan, penyiasatan lanjut akan dibuat bagi membantu mengesahkannya.
Pada zaman kebendaan atau material ini orang sakit mengunjungi seseorang lepas seseorang doktor, dari seorang pakar atau specialist kepada seorang specialist yang lain pula. Masing-masing telah menjalankan pemeriksaan dengan cermat ke atas pesakit dan telah banyak kedapatan ahli-ahli perubatan yang telah memeriksa itu berpendapat bahawa tiada didapati apa-apa penyakit padanya. Dalam masalah seperti ini tiada jelas kepada pesakit bahawa ia sebenarnya sedang sakit kerana para specialist telah menjelaskan tiada kedapatan apa-apa tanda penyakit mengikut kadar ilmunya, pada hal pesakit itu tidak dapat menafikan bahawa ia setiap masa dan hari merasakan sakitnya itu.
Dalam perkara seperti ini dapat memberikan ubat dengan jayanya, kerana doktor-doktor Homeopathy itu tahu bahawa yang sakit itu ialah diri orang itu, sebelum tubuh organ kasar itu menerima perubahan dan sebelum doktor dan ahli perubatan yang berpegang kepada ilmu pathology, etiology, histology dapat mengenal dan memberi nama-nama penyakit kepada orang yang datang meminta ubat itu. Orang yang sakit seperti disebutkan di atas, banyak kita dapati di zaman kebendaan atau zaman kemajuan material ini. Jikalau penyakit berada pada organ tubuh atau urat saraf barulah dikatakan penyakit.
ANTARA PENYAKIT AKIBAT LEMAH DAYA KETAHANAN KUASA HAYAT (VITAL FORCE) YANG BOLEH DIRAWAT DENGAN KAEDAH HOMEOPATHY.
Penyakit : Gout, Lemah badan, letih atau lesu, malas, tidak ada tenaga, sakit urat saraf, sakit kepala, migrin, selalu melepuh mulut / pecah mulut, gastrik, hilang suara, resdung, sakit kerongkong, selsema, demam berterusan, sakit orang tua, kencing tidak tos, kecing tidak puas, sakit buah pinggang, sawan, kencing manis, darah tinggi, strok, batu karang, albuminuria, ketuat, menyintak, cramp, kelimumur, denggi, cirit-birit kronik, tersedu, insomania, lumpuh, ketimbir, eczema, psorasis, kembong, angina, batu di hempedu, kencing berdarah, hepatitis, buasir, nephritis, buta warna, jerawat, ketumbuhan, prolapse of uterus, busong, bell palsy, parkinson, siflis, gonorrhoea, tinnitus, masalah jantung, ulcerative colitis, gastrik ulcer, rheumatism, gastrik, glaucoma, buasir, jerawat.
Masaalah Lelaki : Mandul lelaki, tidak ada benih lelaki, lemah tenaga batin, pancutan air mani pramasa, ketagihan arak, ketagihan rokok, angin pasang, , masalah mastubasi atau onani, masalah prostat dan lain-lain.
Masaalah Wanita : Haid tidak teratur, haid tidak datang, haid berpanjangan, darah haid berketul, darah haid datang sedikit, sakit bulanan, senguggut, endometrosis, dysmenorrhoea, fibroid, selalu keguguran, mandul, tidak subur, fallopian tuba tersumbat, masalah hormon, keputehan, emosi, gila meroyan, masalah muntah-muntah waktu hamil, alahan mengandung, pening, mual-mual, muntah, dugal, angin, keluar cecair faraj yang busok, hilang nafsu seks, radangan pada faraj,vaginitis, masalah barah buah dada,spleen bengkak, selalu pitam, rambut gugur, masalah kegemukan atau obesiti, rawatan sebelum dan selepas bersalin, hysteria, luka dalam selepas pembedahan, varicose vein, jeragat.
Masaalah Kanak-Kanak: Kanak-kanak lambat berjalan, lambat bercakap, kepala besar – hydrocephyalus, hydrocele, hernia, kanak-kanak selalu berdarah hidung, selalu kencing malam (bed wetting), sarat,lekat tulang ikan, mabuk perjalanan, anaemia, apthae, asthma, rabun malam, berkudis, gatal-gatal badan, sembelit, cacing, jaundice , scabies, kudis malam, kanak-kanak selalu menangis, sarat, campak, bertih, steriliti, infertiliti, tonsil, sakit gigi, hyper active, kencing tidak keluar, geligata, allergik.